Pages

Monday, October 8, 2012

Restoration Project: The Search

Selepas bertungkus lumus mencari utk mdptkan spare parts akhirnya saya mendpt dua quotation spare parts yg diharap2kan. Nampak gayanya tugas saya kali ini hanya utk merestore engine yg sedia ada sebab difahamkan oleh pomen yg membaik pulih engine saya menyatakan hanya crankshaft nya yg perlu ditukar.

Waktu ini, saya telah pun mendapat quotation dr seorg bekas penggemar charade yg ingin menjual peralatan lamanya. Apa yg menarik perhatian saya adalah suspension system charade. Belum dpt dipastikan adakah dpt ia dihantar ke Sarawak.

Selain itu, saya juga telah berjaya berhubung dgn sebuah syarikat pembekal alat ganti kereta Daihatsu. Saya telah pun meminta quotation utk brgan yg saya perlukan, yg mana ADA. Brg tersebut masih dipasaran.

Seterusnya adalah utk memulakan langkah yg harus dimulakan sesegera mungkin...

Wednesday, September 19, 2012

Inspirasi Charade Nation (My Inspiration)

Mungkin kerana terlalu taksub melihat gambar 'wallpaper' desktop waktu belajar di Unimas menyebabkan aku menjadi penggila kereta ini.

Sekitar tahun 2008, aku mulakan langkah untuk membeli charade aura, tp boleh pulak terbeli Honda Prelude Carb. 2pintu. akhirnya aku lepaskan jugak Prelude untuk meneruskan usaha mendapatkan sebuah Aura.

Akhirnya pd tahun 2010, berjaya mendapat deal terbaik utk memiliki sebuah Charade idaman. setelah berunding dengan si penjual, akhirnya berjaya aku mendapat sebuah charade aura 1991 yg kondisinya yang agak so-so setelah di beli.

Si penjual mcm mensegerakan pembelian kereta ini sehinggakan mendatangkan masalah terhadap aku.

Pembayaran telah dibuat, tapi proses penukaran nama lambat dibuat sehingga hampir sebulan barulah kereta ini Sah milik aku.

Setelah diteliti byk 'info salah' yg telah diberikan. tp apakan daya, atas dasar minat aku terima hakikatnya.

Exterior kereta:
Body kereta masih solid dan baru sahaja dicat semula.
Setakat entri ini ditulis kereta nie dah hampir nak dua tahun tersadai dihadapan rumah seorang ahli keluarga.

Kini sedang dalam process mengumpul semua keperluan dan spare parts utk baik pulih engine kenderaan ini.
Exterior 1

Exterior 2


 Engine bay kereta ini diisi dengan CB23- engine 900cc (tp diiktiraf sbg 1000cc) carburator. kondisi engine adalah kurang memuaskan dimana kedengaran bunyi geseran antara piston ring.

Sehubungan dengan itu, engine telah menjalani proses overhaul. setelah dibaik pulih kerosakkan yang mungin, setelah engine dipasang semula, ternyata masalah sama masih berulang. tidak dapat dipastikan punca sebenar, namun selepas itu-ia terbengkalai begitu sahaja kerana kehilangan seorang ahli keluarga (pakcik) yang banyak memberi idea dan ilham dlm projek ini.





Interior:

No komen. sbb interiornya maseh tidak disentuh sama sekali. akhirnya aku membuat keputusan untuk meneruskan usaha, selepas hampir 8-10tahun mengimpikan sebuah Charade aura, dan akhirnya aku berjaya.

Walaupun pada ditengah2 usaha ku, aku mahu berhenti dari melakukan nya, namun, seolah2 sudah ditakdirkan untuk 'bersama' aku yakin untuk meneruskan usaha...

Aku pernah bersabar selama 8tahun utk mendapatkan nya. akhirnya, sudah ada didepan mata, yg tinggal hanya usaha utk menggerakkan nya.. insya Allah berjaya///

Saturday, September 15, 2012

Pengenalan (Introduction)

Blog ini adalah untuk saya berkongsi dan mengekspresikan minat saya terhadap kereta ini sejak tahun 2000 lagi. setelah hampir putus asa untuk mendapatkannya, akhirnya pada tahun 2010, saya telah berjaya membelinya pada harga RM5500 dari seorang penjual yang boleh saya katakan 'kurang jujur' dalam berurusan.

kini kereta ini terbengkalai dan saya sudah pun menjualnya kepada seorang pengemar kereta ini juga. walaubagaimanapun, urus niaga kami tergantung kerana pembeli tidak lagi berhubung dengan saya atas sebab-sebab yang tidak pasti.

kini saya ingin merestorasi kereta tersebut ( walaupun tidak mempunyai pengetahuan mendalam mengenai ilmu-ilmu mekanikal kereta). Saya akan cuba sedaya upaya untuk berkongsi pengetahuan saya mengenai Kereta Daihatsu Charade ini.